Owner Post Them Follow Dash



Zaza Amri
Miss Zaza Amri

Ahlan Wasahlan!


Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman.

Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey!


Twitter || Facebook|| Instagram

Tagboard




Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Appreciation

Image result for appreciation friend quotes

Assalamualaikum// Heyyo! 
Sewaktu aku menulis ini aku berada di minggu final exam semester 7, dan sudah 2 paper aku jawab untuk semester ini. 4 papers more! Yay! Penat tau menggoreng untuk 2 papers tu, harap-harapnya goreng yang sedap dengan hasil yang baik jugaklah hehe! Amin!

Hari ini, terdetik dekat hati aku nak menulis tentang appreciation iaitu penghargaan. Aip! Appreciate bukan cuma untuk pakwe makwe je tau. Tapi untuk keluarga boleh, untuk kawan even untuk strangers yang tiba-tiba hadir dan memberi sinar atau pertolongan dalam hidup kita. Kadang, kita lupa atau sebenarnya kita tak pernah bagi masa diri kita untuk berfikir. Kadang tu, bila terjadi sesuatu dalam hidup kita yang membuatkan kita jatuh, baru kita sedar "Ohhh.. rupa-rupanya.. Dia yang ada dengan aku selama ini"

Allah itu, beri kita kebahagiaan untuk kita hargai, dan jangan lupa kebahagiaan juga adalah ujian buat kita, adakah bila kita bahagia, kita terus lupa Allah? Adakah bila Allah tu beri kita nikmat kebahagiaan, kita jadi jauh dengan Allah? Adakah bila Allah itu beri kita kebahagiaan kita lupa untuk mensyukurinya? Itulah namanya ujian dalam kebahagiaan. Tapi.. Allah beri kita kebahagian itu adalah nikmat yang kita harus syukuri. Nikmat yang kita harus hargai. Nikmat yang kita harus lebih mendekatkan kita dengan Allah. 

Bagi aku kebahagiaan itu bila aku diizinkan oleh Allah untuk makan bersama keluarga aku. Bila aku masih dipinjamkan sahabat-sahabat aku yang sentiasa berada dengan aku susah dan senang aku. Bila aku masih diberikan nikmat housemate yang mashaAllah sangat baik. 

Betul, manusia selalu lupa untuk mensyukuri apa sahaja yang selalu berada di depannya. Manusia selalu mengabaikan apa yang di depannya. Contohnya lah, kita ada sebatang pen, pen tu bagi kita murah dan senang didapati, serta pen itu memang berada di depan mata kita je. Kita buat tak tahu je kan dekat pen, macam "Alaaahhh pen je pun", Tiba-tiba Allah uji kita dengan kesusahan kita perlu pen untuk menulis, tapi pen tu hilang, masatu waktu malam, kedai semua dah tutup, tapi kita perlu sangat-sangat pen ni. Waktu inilah, Allah menyedarkan kita bahawa kita patut menghargai sesuatu walau sebatang pen.

Macam it jugalah manusia.. Jadi, kita tahu dia selalu ada dengan kita, dia selalu je ada depan mata kita, susah senang pun dia tetap akan ada, kita buat apa pun dia tetap akan ada, dan buat kita bongkak dengan nikmat yang Allah berikan ni. Kita tak hargai atau kurang hargai dia sebab alahhhh dia akan ada untuk aku punya lah. Tapi! Ingat! Allah boleh tarik orang tu bila-bila masa je.Jangan sombong! Tapi hargai!

Allah bagi kita pinjam kedua ibu bapa kita untuk kita berbakti pada mereka. Hanya kerana mereka masih di depan mata kita, kita buat tidak tahu, kita jarang call mak ayah kita, kita tak berusaha untuk buat mereka bahagia. Padahal mak ayah kita tu cuma mahu kejayaan dunia dan akhirat sahaja buat anaknya dah cukup membahagiakan mereka. Kenapa kita masih tidak menghargai mereka? Allah itu boleh tarik mereka bila-bila masa sahaja. Allahu.. 

Untuk sahabat pula, pernah tak kita terfikir, kalau lah dalam hidup ini tak ada insan yang bernama sahabat apa jadi dengan diri kita? Mungkin hidup kita tidak berwarna warni seperti sekarang. Mungkin hidup kita ni cuma ada warna hitam dan putih. Aku agak sensitif sikit tentang persahabatan ni. Hahaha. Kadang, kita terlalu mencari sahabat yang sempurna padahal yang depan mata tu, MashaAllah itulah nikmat sahabat yang Allah bagi yang sebaik-baiknya untuk kita. Buka lah mata, buka lah hati, setiap seorang dari kita pasti ada sahabat yang selalu ada susah senang. Tolong lah hargai. Tolong lah! 

Bagi aku sahabat ini adalah nikmat Allah yang tak ternilai dalam hidup aku. Bagi aku, macam SubhanAllah layak ke aku dapat sahabat seperti mereka semua ni. Aku sangat hargai orang yang sanggup terima baik buruk aku, yang sanggup ada dengan aku susah senang, yang sanggup beri kepercayaan pada aku. Jadi nikmat Allah yang mana kau dustakan? Hi Housemates kesayangan saya (Nawis, Mazarina, Munirah, Kak Dayah, Kak Long, Nana, Anis, Ika, Ayuni, Juju, Kak teha, Dayana)  My sayang Sofia Suhaila, My girls (Aiena Shukor, Aisyah, Hapizah) My liver Kejam (Pqa, Maira, Diana, Afifi, Ezri, Asep, Ipan, Ju, Sarep, Haziq), My enemy and mr crab Luqman Hakim Wahilman. Percayalah zaza/aku sayang korang semua Lillahi Ta'ala. Percayalah zaza/aku hargai korang. Terima kasih kerana menjadi penguat zaza/aku selama ini. Allah sahaja yang mampu membalasnya. 

Aku taknak bila aku dah kehilangan, aku baru menghargai. Aku taknak jadi manusia yang cepat lupa diri. Aku taknak terlewat untuk menghargai korang semua yang hadir dalam diri aku. Aku dah semester 7, selepas ini kita tak tahu apa yang akan jadi. Lepas ini, kita tak tahu bila boleh kumpul sama, masih boleh ke kita bergurau seperti sekarang. Masih boleh ke kita keanak-anakkan seperti sekarang, masih boleh ke kita berkongsi cerita dan rasa seperti sekarang. Jujurnya, aku takut nak hadap masa akan mendatang, sejujurnya, aku takut jika semua ini akan berubah. Sejujurnya, aku takut, kita tidak dapat melihat wajah diantara kita bila suatu hari Allah itu menarik nyawa hambaNya. Jadi, aku ingin menghargai kalian semua sekarang dan sehingga aku mampu. Jika di syurga nanti, kalian tak nampak aku, minta lah Allah untuk masukkan aku ke syurgaNya bersama kalian. Big love for you guys! xoxo

Wait! for my next post is for one of nikmah Allah that I appreciate! clue; House (hehe)