Owner Post Them Follow Dash



Zaza Amri
Miss Zaza Amri

Ahlan Wasahlan!


Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman.

Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey!


Twitter || Facebook|| Instagram

Tagboard




Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Jemah Trip (Pulau Pangkor)


Assalamualaikum// heyyo!// Annyeong! 
Alhamdulilah I'm back beyyyybehhhhh! Entry kali ini aku nak cerita sikit tentang Girls Vacation ke Pulau Pangkor. *Yeaayyy* Ini budak kelas perempuan kami je yang pergi, tapi itu pun tak semua, sebab ada dalam 9 orang macam tu tiba-tiba ada hal yang tak dapat dielakkan ada yang clash dengan tarikh family day apa semua. Jadi kami jelah 11 orang yang pergi.. hehehehe. Setiap entry yang aku tulis adalah untuk aku baca balik selepas aku dah habis belajar nanti ke dah kahwin ke dah ada anak ke. okay. let's start! 

Day 1
kami bertolak pukul 10:00 pagi, kami seramai 11 orang dan pergi dengan 3 kereta. Sampai dekat Jeti Lumut dalam pukul 2:00 petang macamtu. terus naik feri pukul 3:15 petang. Sampai je dekat Jeti Pulau Pangkor terus ambil motor yang kami sewa dan terus check in dekat Nipah mas yeayyyy! Alhamdulilah chalet yang kami booked tu not bad lah, sesuai dengan harga giteww, taklah terlalu mewah, tapi quiet selesa juga. so sesiapa yang nak budget try lah cari chalet dekat area NIpah Mas. lupa pula apa nama chalet tu. Tapi chalet tu dekat sangat dengan pasar malam dan Pantai. sampai je dekat chalet terus pengsan sebab perjalanan Bangi-Lumut ambil masa nak dekat 4 jam juga lah. dan inggang pun boleh tahan rasa macam dah hilang pinggang hahahaha *over sangat tau* lepas rehat tu, dapat lah pergi pantai tengok sunset.

Malam, kami jalan-jalan dekat Pasar, nak duduk tepi Pantai waktu malam. Best! kami main Bad Wolf. Pantai tu bising sebab dorang jelah. Sambil main tu kami sambil hirup ABC gergasi harga RM 25. so bahagi lah untuk 11 orang sebab ABC tu memang banyak. Lepas je habis ABC, kami balik chalet, sambung main TRUE/DARE. benda nilah salah satu buat kami kenal each other, buat kami lebih faham each other. Alhamdulilah. akan ku simpan semua TRUE yang kalian nyatakan! Hahahaha.






Day 2
Inilah hari dimana kami burn kan muka kami di Pulau. kami start snorkeling pukul 9 pagi. kononnya 9 pagi waktu yang terbaik dan kurang sunburn (kononya lah) dah kalau pergi snorkeling dan pusing pulau dari pukul 9 pagi sampai nak dekat zohor.. kau rasa? Boleh cegah sunburn? entah-entah sunblock kau pun dah hilang. Sampai abang dekat Jeti tu cakap kami ni dari air pasang sampai air surut sampai air pasang lagi baru balik. hahaha. 




lepas daripada aktiviti snorkeling, kami terus balik chalet, chalet memang bebetul dekat je dengan Pantai tu. Rehat-rehat dulu, dalam pukul 3 macam tu, kami sambung berjalan pusing Pulau naik motor. kami pergi ke Tokong China, pergi ke kilang Satay Ikan, Kota Belanda, dan Masjid Terapung. ohh ya! Masjid terapung ni baru je tau dibuka. tak sampai sebulan pun lagi. Jadi kami antara orang terawal juga lah kan dapat tengok masjid terapung tu hehehe. Dekat Tokong China tu dia ada macam bentuk macam dekat Tembok Besar China.

Diana at Tembok Besar China yo!

Ini pula dekat Kota Belanda, ada sedikit sejarah yang Belanda masih tinggalkan dekat sini

Ini lah Motor yang kami sewa tu, masa ini ada dekat Tokong China tu.

Inilah masjid Terapung yang baru dibina dan dibuka tu. Cantik kan? SubhanaAllah.. 

Malam pula, kami makan dekat satu kedai ni, dalam 10 minit juga daripada chalet kami dekat Kedai Ilham. Dekat sana makanan not bad lah sedap! kami order Ikan Siakap 3 rasa, Ikan siakap Steam, Ikan Bakar, Tomyam, Kailan Ikan masin dan telur dadar. Dekat sini lah Kak Teha jumpa jodoh dia xD Hahahahhaa.. Malam tu, kami buat suprise birthday untuk dua orang yang lahir bulan 10 which is Diana and Syafini. Semua in character gila. Ceritanya macamni, mula-mula Kak Teha buat-buat tengah tak ada mood, Kak Teha asyik marah-marah je, semua yang kami buat semua dia marag, Dia tak puas hati dekat semua orang lah senang cerita. Lepastu, tiba-tiba dia cari masalah dengan Kak Asma, cakap yang dia tak puas hati dengan Kak Asma, then.. Kak Asma merajuk, dia blah daripada kedai makan. masa tu, semua orang acah-acah taktahu mende and buat-buat pujuk Kak Teha, then. Tiba-tiba Kak Asma datang balik dengan kek. Nyanyi lah sama-sama, termasuk Diana dia pun nyanyi sekali kami nyanyi "Happy birthday to Syafini dan Diana" Diaa terus buat muka pelik. hahaha. masani lawak gila muka Diana. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. If one day, aku baca benda ni balik mesti aku akan senyum sorang-sorang. 


Masa ini, muka masing-masing dah burn teruk! hahahaha.



Day 3
Hari terakhir ni kami tak buat apa sangat pun, sebab masing-masing dah penat, cuma kami packing barang untuk balik. Kami pergi Pasar hanya untuk breakfast, makan roti canai dengan cari Souvenirs untuk family dengan kawan-kawan. kami jalan kaki je, sebab memang dekat sangat dengan chalet kami.Alhamdulilah kami selamat seberang balik ke Lumut pada pukul 3 Petang. terus kami pergi makan dekat rumah saudara Kak Asma. alhamdulilah, Balik terus pecut 140Km-150Km tak fikir apa dah, sebab fikir sampai cepat je. hahahaha. 

Itineray per person:
-Tiker Feri pergi balik (RM 14/orang)
- Snorkeling (RM 15/ orang)
- Motor  (RM 30/ hari)
- Makan Ikan 3 Rasa, Bakar dan Steam (RM20/ orang)
- Chalet (RM 30/orang/ malam)

Kami tak banyak makan dekat luar, semua kami masak, bawa rice cooker sendiri dan bawa barang kering sendiri,  Kami masak simple-simple je masak nasi masak sardin, pagi breakfast Roti, paling best masak Maggie. hahahaha. That's why, boleh jimat. 

kalau korang nak beli souvenirs macam Keychain/ fridge magnet aku nasihatkan korang beli dekat Pasar sebab murah 5pcs RM 10. Tapi kalau korang nak beli baju, better beli dekat Jeti, sebab sana lebih murah. Baju yang sama je dengan dekat Pasar, tapi harga lebih murah. Contoh macam baju muslimah dekat Pasar RM 35, dekat Jeti aku dapat RM 23. murah kan? 

Alhamdulilah, Aim kami pergi bercuti untuk merapatkan ukuwah telah tercapai, Alhamdulilah. semua dah makin kenal each other, semua dah makin faham each other. Hopefully, kita dapat plan the next trips! InshaaAllah, kali ini ada rezeki semua satu kelas pergi pulak ye! Ukhuwah Fillah Abadan abada Lillahi Ta'ala..


Kejam


Assalamualaikum!//Hey!!// wazzup!
Jangan risau entry ini tidak berasaskan kekejam. cuma nama je kejam. Tapi hati kami semua ada taman. Haha. Inilah orang yang aku boleh katakan tulang belakang aku sepanjang zaman degree ni. Geng Kejam ni memang ada 5 orang lelaki dan 4 orang perempuan sahaja. 8 orang student Accountancy 1 Orang student Syariah Law *Taktahu mana sesat. hahaha* akan bertambah InshaaAllah, kalau antara kami sudah bersedia untuk kahwin. Jadi makin berkembang lah Kejam! yeaay! lol.. haha! Kalau orang baru selain daripada ikatan perkahwinan mungkin tak kot.. Hehe. 

Apa yang nak dicerita ehh tentang Kejam ni? Kalau cerita semuanya pun, memang takkan cukuplah satu hari. Banyak sangat. Macam mana boleh terciptanya Kejam? Entahlah ek. hahaha sebenarnya, sebab nak buat suprise birthday untuk sorang minah bernama Syafiqah partino ni je. Pastu buat group. Kejam sebab? Haha, sebab apa yang kami buat kat Pqa tu sangat kejam sebenarnya pada birthday dia. Bermula, kami tak endah hari birthday dia, lepastu, dengan aku yang moody pastu buat-buat taknak join sama dengan marhalah masa orang sibuk celebrate birthday dia. Lepastu, sampai sorang demi sorang mula-mula janji nak keluar last-last cancel last minit masa dia dah siap. Tipu dia hidup-hidup. Buat dia sampai menangis, dan rasa macam semua orang benci dia. Seminggu sebelum birthday dia lagi kami dah ganggu emosi dia, dah buat dia menangis sorang-sorang. Dah buat dia kemurungan sebab pakatan kami. Hahahaha. Dekat situ rasanya kenapa dinamakan Kejam. 



Yang ni, masa preparation untuk sambut birthday Pqa. Yang follow Pqa cuma Ezri, Irfan, Diana. First hangout kami dekat Taman Tasik Titiwangsa KL. 


Then. This is it! Tadaaaaaa! ni muka tahan sendu ni. Hahaha. Tahan sendu plus geram rasanyaa.. Masa suruh bagi ucapan habis semua kena carut dengan dia ni. Yelah, dah seminggu lebih merana. Fikir apa salah dia, dia buat salah apa. Sampai kami semua ignore dia selama seminggu. Bertemankan air mata dia. Sian.. 


Masa birthday Pqa ni. Hasif tak dapat join. sebab tiba-tiba dia ada hal yang tak dielakkan. Lepas je birthday Pqa, ingat semua akan left group. Tapi rupanya tak.. Alhamdulilah, persahabatan kami masih kekal dan makin rapat.


Next, Ini masa birthday Haziq pula. Kami buat dekat Dataran Putrajaya. (Masa ni, Hasif pun join. yeay!)



Gambar ini, masa Eco World Semenyih tengah hot gila, sampai kami pun hot berpeluh berkelecak dekat sana. Kami sematkan nama Kejam dekat "Love bridge" LOL. orang letak nama pasangan kami letak "Kejam"


Then, Gambar ni masa first trip kami Bangi- JB- Klebang, Melaka 


Memang dalam album gambar dorang je yang penuh. memang kami photographer dorang je..


Okay.. Kita set camera dulu. ehh tertekan pulak...


then.. Tadaaaaaaa! Complete 9 Kejam. (Biasalah takde photographer nak ambikkan gambar, tu selalu ambik gambar selfie atau macam ni untuk semua ada dalam gambar. Haha)



Kalau ada masa terluang, kami akan spent time dengan makan-makan sama-sama. Masa ni makan dekat Jalan lama Bangi je. Tapi, kami sebenarnya jarang makan dekat Kedai. Selalunya mesti Picnic. (Gambar ni, masa Afifi tak dapat join sama sebab dia ada midterm tak silap)



Gambar ni masa makan-makan kali ke berapa tah. Masa ni, makan dekat Bangi Square. Baru complete 9!! yeaaayyy!



Gambar-gambar ni antara gambar program yang kami join bersama as AJK. yang atas tu formal program. Yang bawah ni.. Charity program dekat Kelantan. 


Gambar ni pula, masa Iftar Tahun ni. dekat Dataran Nilai je. Picnic. yeaay!



Gambar paling latest! Tahun ni, tak dapat curi masa lagi untuk buat trip sama-sama sebab masing-masing dah mula sibuk dengan program dan kerja. 


dorang cakap dorang "1D" Malaysia. (Layankan jelah)

Kalau upload semua kami pernah pergi atau pernah hangout sama-sama memang makin panjang lah entry ni. hahaha. Jadi nilah sedikit sebanyak kenangan kami. Alhamdulilah, Allah hadirkan mereka sebagai penguat di kala diperlukan (Walau selalu annoyed) hahaha. Tipulah, kalau kami tak pernah gaduh. Gaduh besar sampai nak berpecah dan masam muka pun pernah, gaduh sampai taknak bertegur langsung pun pernah. Tapi, Alhamdulilah. Lepas bincang duduk sama-sama luahkan apa yang tak puas hati, baiki kelemahan masing-masing. Kami makin kenal each other. Dah lama nak post tentang tulang belakang aku ni sebenarnya. Cuma, malas je. haha. Kalau ada sahabat yang boleh susah senang bersama, walau annoying kadang pun tak apa. Asalkan dia memang ada. Dan kita pun kena selalu ada dengan dia. Terima kasih sebab selalu ada dan menjadi penguat (muntah pelangi) Haha! Bye!

Aku akan simpan semua kenangan persahabatan kita sampai bila bila :)

Good friends are like stars,You dont always see them.but You know they are always there..