Ahlan Wasahlan! Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman. Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey! Tagboard Basecode : PikaChan Best viewed in Mozilla and Google Chrome Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini
|
Itinerary KL Sentral - Hat Yai, Thailand - Songkhla, Thailand (Bajet: RM 400)
Assalamualaikum// Annyeong!// Sawadikap!
InshaaAllah, post kalini aku nak share pengalaman dan itinerary aku pergi ke Hatyai dan Songkhla selama 3 Hari 2 Malam sahaja. Alhamdulilah Allah berikan rezeki kepada aku dan sahabat aku Aiena untuk pergi ke Thailand. Berdua je tau! hahaha. Gigih cari sources dan buat research tentang backpakers kami ni. Hahaha. Itinerary ini akan lebih murah kalau pergi dalam 4 orang.
Kami pergi masa 10/4/2018 dengan ETS. Pengalaman naik ETS ni not bad. Make sure kalau korang nak naik ETS korang kena pakai stokin dan sediakan sweater. Serious sejuk gilaa okay! Haha. ETS ada sampai KOC F. Surau dan mini cafe ada dekat KOC (C). Untuk ETS korang boleh beli online je dekat link ni http://www.ktmtrain.com/ boleh pilih nak plantinum atau gold. Plantinum lagi mahal daripada gold sebab dapat snacks. Kalau nak pergi ke Thailand kena ambik ETS ke Padang Besar.
Next, lepas sampai Padang Besar ada dua cara untu korang masuk Thailand. Satu guna mini van/ Taxi satu lagi guna Train Thailand. Ini sangat penting untuk korang merancang waktu perjalanan korang sebab train Padang Besar ke Thailand ada 2 kali je sehari. Kalau padang Besar ke Thailand pukul 9.55 pagi (Waktu Malaysia) dan 3:40 Petang (Waktu Malaysia). Perjalanan Padang Besar - Hatyai mengambil masa dalam sejam.
Bagi aku lagi senang naik Train Thai berbanding Van. Sebab kalau naik Train Thai dalam satu bangunan yang sama je. Kalau naik Van masuk Thai. korang kena naik motor taxi (50 baht/ RM 7) atau jalan kaki dalam 1KM untuk ke border. Lepastu, takut kena charge dengan Taxi 1000 ++ baht untuk sampai ke Hatyai. Sebab kalau mini van sebetulnya ke Hatyai cuma 50 baht je tak sampai 1000 baht pun. Kalau kami haritu naik ETS pukul 9:40 pagi, Alhamdulilah sampai Padang Besar pukul 3:30 Petang. so ada 10 minit untuk proses imigresen. Sebelum ke imigresen korang kena isi satu borang ni dulu tau. Tanya je polis bantuan dekat area situ, dorang mesti tolong punya semua cara.
Sampai je dekat Hatyai Junction, satu lagi orang yang bawa Tuk-Tuk, Motor Taxi dan Taxi akan ramai tau dekat station tu. Kalau ada orang tiba-tiba tarik beg korang tu perkara biasa. Hahaha. So, korang kena pandai kawal situasi sebab kalau tak korang akan di charge tinggi daripada harga biasa sebab dia tahu kita foreigner. Jadi masatu, kami ambik Tuk-Tuk ke Lee Garden Hotel. Hotel ni serious best! Cantik dan affordable. Service dorang pun best!
Untuk Simcard, Simcard Thailand boleh murah juga lah. Ada 2 cara nak beli simcard Thailand ni. Satu ada jual dekat Train Thailand satu lagi boleh beli dekat kedai berhampiran Lee Garden Plaza. Simcard dia unlimited untuk 7 Hari. Kami beli satu je simcard, Yang lain hotspot je.
Sampai dekat Hotel, check in barang solat apa semua, ktorang decide untuk pergi ke Lee Garden Plaza, Jalan kaki wehh. 10 minit. Gigih tau! Hahaha. Tapi korang boleh je naik Tuk-Tuk atau Grab. Kalau korang pergi dalam 4 orang better naik Grab sebab bila share jadi murah lah kan bayar. Kalau Grab dari Lee Garden Hotel untuk pergi sekitar Hatyai jauh atau dekat 85 baht. Kalau Tuk-Tuk sekitar Hatyai paling murah sorang 20 baht paling mahal 40 baht seorang. Lepas daripada pergi lee Garden Plaza kami cuci mata pula dekat Asean Night Bazaar. Syurga bagi orang yang suka shopping dan makan.
Hari kedua, lepas subuh. Kami gigihkan diri pergi pasar pagi. Crowded gila beb! Bagi aku kalau nak pergi tengok environment boleh lah. Kalau nak cari makanan dekat Pasar pagi susah sebab crowded. Better korang bawa makanan atau bekal sendiri daripada Malaysia untuk breakfast sahaja. Untuk Makan Tengahari, korang boleh search Salma Restaurant dekat je dengan Lee Garden Plaza
Hari kedua ni, lepas pergi pasar pagi dia tak ada apa-apa jadi kami decide pergi Lee Garden Plaza. Kononya nak makan MCD. Kononnya lah. Sampai je sana dengan habis duit naik Tuk-Tuk 30 baht baru nak order dia kata "ALL PORK" Dengan kecewanya kami keluar dan perut kosong. Kami pergi 7E dia je makan Maggie, cewdih! Hahaha. Tapi korang kena masuk 7E dekat Thailand. benda wajib okay! 7E dorang tak sama macam 7E kita. macam-macam dorang ada. Korang kena try yogurt dan air-air yg halal dekat 7E tu. Semua sedap-sedap!
Lepastu, Kami terus gerak pergi Songkhla, Kalau nak pergi Songkhla ni kalau nak murah korang jangan bantai naik grab atau Tuk-Tuk pula. Mahu dorang charge lebih daripada 200 baht. Tapi korang boleh naik grab atau Tuk-Tuk ke clock tower atau van station. korang cakap je nak pergi Van station to Songkhla. Van ke Songkhla tak sampai pun 40 baht. 34 baht je! murah kn! Ke Songkhla nanti dia akan tanya nak turun mana. Cakap nak turun dekat Samila Beach. Perjalanan ke Songkhla ambil masa 30 minit daripada Hatyai. Untuk ke Songkhla nanti bayar 34 baht dia akan bagi bakul tau. Nanti kalau duit korang besar, jangan risau! bagi semua penumpang bayar dulu nanti korang ambil lah baki dekat bakul tu.
Kalau nak beli souvenirs dekat Samila Beach inilah murah berbanding dekat Hatyai. Nak beli baju ke Keychain ke beli dekat Samila Beach. Murah! Lepas daripada Samila Beach boleh pergi ke Tang Kuan Hill, Songkhla. Boleh jalan kaki dalam 1KM gitu. Kalau tak boleh ambil motor taxi 20 baht seorang. Dekat Tang Kuan Hill korang boleh tengok view seluruh Songkhla. Untuk naik ke Tang Kuan Hill boleh hiking kalau rajin. Hahaha. Boleh beli tiket 30 Baht dia macam train dekat Fraser Hill giteww.
Then, dah puas dekat Songkhla kami terus balik ke Hatyai untuk pergi round Hatyai pula. Kami sewa Tuk-Tuk untuk round sekitar Hatyai. Seorang 300 baht (RM 37) kami pergi Chang Puak Champ. dekat situ boleh naik gajah kalau korang nak 500 baht. Kalau nak bagi makan gajah pun boleh 100 baht. Ada Elephant and crocodile show juga dekat situ.
Then, Kami pergi Municipal Park. Dekat situ korang boleh tengok view sekitar Hatyai dan ada patung budha besar macam simbol negara Thailand. Lepastu, pergi ke Wat Hat Yai Nai tempat patung budha baring.
lepas dah puas ambil gambar, round Hatyai, kami balik hotel dulu untuk mandi dan solat dan teruskan planning ke Central Festival Market. Ini mall dekat Hatyai. Macam IOI jelah. Tapi dekat depan Mall tu ada tempat boleh tangkap gambar beli makanan dan baju-baju juga. Tapi lagi murah dekat Asean Night Bazar lah. Then, selepas dah survey malam semalam. Hari kedua ni baru kami shopping dekat Asea Night Bazaar pula.
Untuk balik korang kena rancang juga perjalanan tau! Sebab seperti aku cakap tadi train thailand ada 2 kali je sehari. Kalau Hatyai- Padang besar pula cuma ada pukul 7:30 pagi (Waktu Thailand) dan pukul 1:00 Petang (Waktu Thailand) Jadi korang kena booked ETS kena agak-agak lah sampai Padang Besar pukul berapa dan nak ambil train Thai yang pukul berapa.
Kalau korang terlepas train, jangan nangis! cover dulu muka nak nangis tu! Hahaha. Korang masih boleh minta Tuk-Tuk hantar pergi Van station. Van ke border Padang Besar 50 baht je. Kalau dekat station tu ada orang kata hantar ke Padang Besar 1500 baht atau lebih jangan naik atau terpedaya! korang keraskan hati untuk pergi van station. Lagipun mungkin 1500 baht tu untuk taxi perkara nrmal lah kot kan. Tapi untuk backpackers macam ktorg. banyak 1500 baht tu dan sangat mahal! Sampai dekat border Thai-Padang Besar. Korang boleh naik Motor Taxi 50 Baht dia akan tunggu kita cop passport, kastam dan sampai destinasi ke KTM.
ITINERARY 3 DAYS 2 NIGHTS |