Owner Post Them Follow Dash



Zaza Amri
Miss Zaza Amri

Ahlan Wasahlan!


Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman.

Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey!


Twitter || Facebook|| Instagram

Tagboard




Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Jemah Trip (Pulau Pangkor)


Assalamualaikum// heyyo!// Annyeong! 
Alhamdulilah I'm back beyyyybehhhhh! Entry kali ini aku nak cerita sikit tentang Girls Vacation ke Pulau Pangkor. *Yeaayyy* Ini budak kelas perempuan kami je yang pergi, tapi itu pun tak semua, sebab ada dalam 9 orang macam tu tiba-tiba ada hal yang tak dapat dielakkan ada yang clash dengan tarikh family day apa semua. Jadi kami jelah 11 orang yang pergi.. hehehehe. Setiap entry yang aku tulis adalah untuk aku baca balik selepas aku dah habis belajar nanti ke dah kahwin ke dah ada anak ke. okay. let's start! 

Day 1
kami bertolak pukul 10:00 pagi, kami seramai 11 orang dan pergi dengan 3 kereta. Sampai dekat Jeti Lumut dalam pukul 2:00 petang macamtu. terus naik feri pukul 3:15 petang. Sampai je dekat Jeti Pulau Pangkor terus ambil motor yang kami sewa dan terus check in dekat Nipah mas yeayyyy! Alhamdulilah chalet yang kami booked tu not bad lah, sesuai dengan harga giteww, taklah terlalu mewah, tapi quiet selesa juga. so sesiapa yang nak budget try lah cari chalet dekat area NIpah Mas. lupa pula apa nama chalet tu. Tapi chalet tu dekat sangat dengan pasar malam dan Pantai. sampai je dekat chalet terus pengsan sebab perjalanan Bangi-Lumut ambil masa nak dekat 4 jam juga lah. dan inggang pun boleh tahan rasa macam dah hilang pinggang hahahaha *over sangat tau* lepas rehat tu, dapat lah pergi pantai tengok sunset.

Malam, kami jalan-jalan dekat Pasar, nak duduk tepi Pantai waktu malam. Best! kami main Bad Wolf. Pantai tu bising sebab dorang jelah. Sambil main tu kami sambil hirup ABC gergasi harga RM 25. so bahagi lah untuk 11 orang sebab ABC tu memang banyak. Lepas je habis ABC, kami balik chalet, sambung main TRUE/DARE. benda nilah salah satu buat kami kenal each other, buat kami lebih faham each other. Alhamdulilah. akan ku simpan semua TRUE yang kalian nyatakan! Hahahaha.






Day 2
Inilah hari dimana kami burn kan muka kami di Pulau. kami start snorkeling pukul 9 pagi. kononnya 9 pagi waktu yang terbaik dan kurang sunburn (kononya lah) dah kalau pergi snorkeling dan pusing pulau dari pukul 9 pagi sampai nak dekat zohor.. kau rasa? Boleh cegah sunburn? entah-entah sunblock kau pun dah hilang. Sampai abang dekat Jeti tu cakap kami ni dari air pasang sampai air surut sampai air pasang lagi baru balik. hahaha. 




lepas daripada aktiviti snorkeling, kami terus balik chalet, chalet memang bebetul dekat je dengan Pantai tu. Rehat-rehat dulu, dalam pukul 3 macam tu, kami sambung berjalan pusing Pulau naik motor. kami pergi ke Tokong China, pergi ke kilang Satay Ikan, Kota Belanda, dan Masjid Terapung. ohh ya! Masjid terapung ni baru je tau dibuka. tak sampai sebulan pun lagi. Jadi kami antara orang terawal juga lah kan dapat tengok masjid terapung tu hehehe. Dekat Tokong China tu dia ada macam bentuk macam dekat Tembok Besar China.

Diana at Tembok Besar China yo!

Ini pula dekat Kota Belanda, ada sedikit sejarah yang Belanda masih tinggalkan dekat sini

Ini lah Motor yang kami sewa tu, masa ini ada dekat Tokong China tu.

Inilah masjid Terapung yang baru dibina dan dibuka tu. Cantik kan? SubhanaAllah.. 

Malam pula, kami makan dekat satu kedai ni, dalam 10 minit juga daripada chalet kami dekat Kedai Ilham. Dekat sana makanan not bad lah sedap! kami order Ikan Siakap 3 rasa, Ikan siakap Steam, Ikan Bakar, Tomyam, Kailan Ikan masin dan telur dadar. Dekat sini lah Kak Teha jumpa jodoh dia xD Hahahahhaa.. Malam tu, kami buat suprise birthday untuk dua orang yang lahir bulan 10 which is Diana and Syafini. Semua in character gila. Ceritanya macamni, mula-mula Kak Teha buat-buat tengah tak ada mood, Kak Teha asyik marah-marah je, semua yang kami buat semua dia marag, Dia tak puas hati dekat semua orang lah senang cerita. Lepastu, tiba-tiba dia cari masalah dengan Kak Asma, cakap yang dia tak puas hati dengan Kak Asma, then.. Kak Asma merajuk, dia blah daripada kedai makan. masa tu, semua orang acah-acah taktahu mende and buat-buat pujuk Kak Teha, then. Tiba-tiba Kak Asma datang balik dengan kek. Nyanyi lah sama-sama, termasuk Diana dia pun nyanyi sekali kami nyanyi "Happy birthday to Syafini dan Diana" Diaa terus buat muka pelik. hahaha. masani lawak gila muka Diana. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. If one day, aku baca benda ni balik mesti aku akan senyum sorang-sorang. 


Masa ini, muka masing-masing dah burn teruk! hahahaha.



Day 3
Hari terakhir ni kami tak buat apa sangat pun, sebab masing-masing dah penat, cuma kami packing barang untuk balik. Kami pergi Pasar hanya untuk breakfast, makan roti canai dengan cari Souvenirs untuk family dengan kawan-kawan. kami jalan kaki je, sebab memang dekat sangat dengan chalet kami.Alhamdulilah kami selamat seberang balik ke Lumut pada pukul 3 Petang. terus kami pergi makan dekat rumah saudara Kak Asma. alhamdulilah, Balik terus pecut 140Km-150Km tak fikir apa dah, sebab fikir sampai cepat je. hahahaha. 

Itineray per person:
-Tiker Feri pergi balik (RM 14/orang)
- Snorkeling (RM 15/ orang)
- Motor  (RM 30/ hari)
- Makan Ikan 3 Rasa, Bakar dan Steam (RM20/ orang)
- Chalet (RM 30/orang/ malam)

Kami tak banyak makan dekat luar, semua kami masak, bawa rice cooker sendiri dan bawa barang kering sendiri,  Kami masak simple-simple je masak nasi masak sardin, pagi breakfast Roti, paling best masak Maggie. hahahaha. That's why, boleh jimat. 

kalau korang nak beli souvenirs macam Keychain/ fridge magnet aku nasihatkan korang beli dekat Pasar sebab murah 5pcs RM 10. Tapi kalau korang nak beli baju, better beli dekat Jeti, sebab sana lebih murah. Baju yang sama je dengan dekat Pasar, tapi harga lebih murah. Contoh macam baju muslimah dekat Pasar RM 35, dekat Jeti aku dapat RM 23. murah kan? 

Alhamdulilah, Aim kami pergi bercuti untuk merapatkan ukuwah telah tercapai, Alhamdulilah. semua dah makin kenal each other, semua dah makin faham each other. Hopefully, kita dapat plan the next trips! InshaaAllah, kali ini ada rezeki semua satu kelas pergi pulak ye! Ukhuwah Fillah Abadan abada Lillahi Ta'ala..