Owner Post Them Follow Dash



Zaza Amri
Miss Zaza Amri

Ahlan Wasahlan!


Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman.

Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey!


Twitter || Facebook|| Instagram

Tagboard




Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

We All In This Together?

Assalamualaikum!//Heyyo!
Ya Allah, bertahun sudah aku tak update apa apa pun dekat blog ni. Kalau blog ni bernyawa mungkin merajuk sudah dengan aku. Aku masih ingat kenapa aku nak buat blog dulu.. sebab one day, ada lah satu laman yang boleh aku baca dan ingat balik semua kenangan aku, yang boleh aku cerita pada anak cucu cicit *cehh poyo* 

Entry kalini, tentang tajuk "We All In This Together?" yezza! Actually, entry ni adalah untuk aku sematkan kenangan aku dalam Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan dan Muamalah (PMFPM). Banyak benda sebenarnya ingin ku abadikan dalam blog yang bersarang ni. Macam mana mula-mula aku boleh masuk dalam PMFPM? hmm.. beginilah kisahnyaaaa..




Yes! Aku isi borang penamaan calon bawah Fakulti. Aku pun tak expect aku sebegitu berani bertanding dalam Pilihanraya Fakulti. To be honest, first masa aku decide untuk ikut bertanding dalam pilihanraya, aku ragu-ragu. Macam "Boleh ke aku bertanding?" "Dapat ke nanti?" "Layak ke aku masuk bawah Fakulti" kebanyakkannya memang pemikiran negatif je dalam diri ni. Tapi Alhamdulilah. Bila kau ada sahabat yang selalu menyokong kau buat apa sahaja. yang selalu membantu kau. Yang selalu ada saat jatuh bangun kau. Aku diyakini oleh Geng kejam. Nama group pun dah scary kan. Hahaha. Takpe, tentang kejam kita cerita di entry seterusnya *Kalau rajin lah* kahkah! Alhamdulilah, sesi interview aku berjalan dengan lancar dan aku layak untuk bertanding! yeaayyy!!

Aku masih ingat, aku membawakan 2 manifesto iaitu Kesatuan dan Kebajikan. Simple sangat kan manifesto? Tapi tak apa dah itu sahaja yang mampu aku janjikan kalau aku berada di kerusi PMFPM. dengan yakinnya aku berkempen. Alhamdulilah dibantu oleh "Geng kejam" juga!!! I'm so proud to have bestfriend like them!! So speechless okay! Dorang lah yang gantungkan poster I, dorang lah yang viralkan I, dorang lah yang sokong I masa bermanifesto *I terharu :')* Then.. sampailah aku dapat berita yang aku menang masa Pilihanraya Fakulti! dorang semua still bagi ayat positif, ayat yang membina, ayat yang buat rasa nak nangis *cehh, hobi zaza ni nangis je kerja* 

Sekarang.. I'm Fall In Love With PMFPM Family! serious! walau baru je naik pimpinan, Dah rasa banyak sangat kenangan, banyak sangat ilmu dapat, banyak pengetahuan bertambah. Alhamdulilah. Rasa bahagia bersama PMFPM. Walau ada pahitnya, tapi percayalah setelah turunnya hujan pasti akan hadirnya pelangi yang indah yang membahagiakan setiap mata yang melihatnyaa. 


Gambar ni masa PMFPM bonding dekat Port Dickson. Alhamdulilah semua happy. Alhamdulilah, walau banyak ragam. tapi kami tetap satu hati. InshaaAllah. slogan hashtag #WeAllInThisTogether kami akan praktikkan bersama. bersama susah jatuh bangun. Inilah organisasi yang aku rasakan aku boleh anggap macam family sendiri. Tak tahu nak bersyukur macam mana lagi. Yang penting dorang tak kedekut ilmu. Kalau ada masalah, bincang satu meja. Kami yang bersama, kami yang tahu apa yang terjadi. 


Bermula dari Mr President, Dafiz. Aku dah anggap macam abang sendiri. Selalu ada bila aku susah, selalu dengar keluhan aku. Banyak ajar aku dalam pelbagai aspek. Aku bersyukur ada dia sebagai president dan abang. Sanggup membantu dan menyusahkan diri. Alhamdulilah, sangat membantu sebagai president dan abang. 

Vice president 1 Azri Nazmi. Kami panggil dia "Abah" hahaha. sebab dia macam abah-abah yang suka nasihat anak-anak dia. hahaha. This guy haa haiyooo banyak sangat tolong, banyak support aku dalam pelbagai aspek. Orang kalau baru kenal akan anggap macam "Sombong gila" tapi bila kenal? "Gila-gila" haha. 

Vice president 2, kak Nurin this makcik jam warna pink tapi macam brader-brader gitu? hahahaha. Mulut bising macam mak-mak. Selalu nasihat yang baik-baik. tapi bising tetap no 1. 

My partner Kak Ezzah, syukur kenal dengan makcik ni. Macam kakak sendiri yang banyak dengar keluhan adiknya. Yang banyak ajar dalam bidang setiausaha. cehh. hahahaha. Taknak cerita panjang tentang this makcik nanti satu page pun tak cukup. 

Erin bendahari yang paling garang setakat ni. hahaha. Bendahari paling hot dan lawa ni.. Abdin YB yang macam abang-abang haha. 

Kak Atiqah, Afizah, Myji, Habsah, Uyun, Azzam, Haikal and my babyboo Hajar. Dorang sangat supportive! Alhamdulilah. Allah hadirkan mereka semua. Allah beri peluang pada diri ni untuk menambah pengalaman, ilmu dan pembelajaran dalam persatuan ni.