Ahlan Wasahlan! Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman. Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey! Tagboard Basecode : PikaChan Best viewed in Mozilla and Google Chrome Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini
|
Bukit Broga Semenyih
Assalamualaikum// Sawadikap// Holla!
Harini mood nak throwback pengalaman naik Broga Hill haritu. Ikut plan asal nak pergi Pantai Klebang je sebenarnya. Tapi ada "manusia" tu cakap pasir kat Pantai Klebang dah tak best. So kami pun tukar plan ikut plan "manusia" tu mendaki Broga Hill. Broga ni taklah jauh mana pun sebenarnya daripada KUIS. Kalau drift 15 minit dah sampai. Tapi sebab tak larat drift *cehh poyo* 30 minit jugaklah daripada KUIS.
Kalau korang nak tengok Sunrise dinasihati pukul 3.30 pagi tu dah start mendaki. Kalau yang kurang stamina *macam aku* dinasihati start lah mendaki around pukul 3 pagi. aherherher. Haritu kami start mendaki around pukul 4 pagi. Panaskan badan pergi toilet bagai dulu semua tu terus mendaki. Sampai-sampai puncak dah Subuh. So macam tak best sikit. kalau gerak awal boleh hirup udara segar *lah sangat* kat Broga tu dulu. Rehat-rehat ke dulu kan. Sebab kami daki lambat. Sampai puncak dah Subuh. *sebab stamina aku yg kurang jugak aherherher* So terus cari port untuk solat Subuh. First time okay! Solat dekat atas bukit. Time tu baru kau rasa MashaaAllah payahnya nak sujud. Salah step sujud dengan kau kau sekali tergolek ke bawah. kahkah.
Aku pergi Broga dengan kawan-kawan yang nilah and plus adik aku sekali. Yang ni kawan-kawan aku masa zaman asasi dulu. plus ada beberapa orang yang kenal masa Degree. Ada 3 orang student Usuluddin Multimedia. 3 orang student Islamic Banking. Sorang multimedia. sorang student Broadcast. Sorang student HR Dakwah. Sorang student Business Admin. Aku ofcourse Accounting and sorang budak form 1. kahkah, Alhamdulilah. walau semua dah lain-lain kos tapi masih kuat ukhuwah antara satu sama lain. Inilah yang dinamakan "Ukhuwahtuna Quwatuna"
Suasana Subuh di Puncak Broga. Tak silap aku masa ni baru pukul 6 pagi. SubhanaAllah. Allahu akbar. Cantik kan. Kalau tengok real lagi cantik. Subuh kat Broga pun kita dapat rasa angin subuh sepoi sepoi menampar pipi *hiperbola*
Sungguh apa yang Allah ciptakan itu indah-indah belaka.
Ini pula masa matahari dah naik. Waktu-waktu seawal 5 pagi memang Puncak Broga dah crowded. So kalau nak cari port best and rata untuk solat subuh and untuk tengok view sunrise/set disarankan pergi awal lah. hehehe. Lepas dah solat dah lepak kejap. Munzir Amirul Ali and Hamzi dah siap buat urut-urut antara mereka. selfie wefie and selfish. kami terus turun. around pukul 7.30 pagi juga kami turun.
Disarankan juga pakai kasut yang betul-betul korang selesa. Sebab masa turun, jari ibu kaki korang akan rasa sakit. effect korang tahan badan korang. And bukit bukit kat Broga ni pun boleh tahan juga cerunnya. yang memerlukan korang untuk main gelongsor. Cadangan kami, kami nak berguling je turun bawah. Tapi apakan daya itu semua perancangan. Dan cuma Allah sahaja yang menentukan.
Kalau Malaysia ada tugu negara. Broga. Ada tugu Broga. MashaaAllah.
Apabila Munzir nak buat gambar sweet-sweet. awww. haha.
Dinasihati untuk pergi toilet siap-siap. jangan jadi macam "manusia" gambar yang atas ni. meninggalkan jejak di tepi batu lepastu taknak mengaku tuduh-tuduh orang lain pulak. Sangatlah tak patut kan? Biar lah perangai tu elok sikit. Mengaku je. Bukan marah pun. Nasihat je. kahkah.
*tak adalah. saja menyakat. tak ada siapa pun meninggalkan hadasnya*
peace to Aishah yo! Tak silap aku ni dekat Bukit no 3. yang kat belakang Aishah tulah puncak Broga. Memang kena daki banyak bukit sikit sebelum sampai ke puncak Broga.
Broga Hill telah berjaya ku daki.
Apa yang best tentang Broga selain pemandangan dan suasana? yang bestnya ialah "Penat" Hahahaahaha. Ya. Sangat penat. But seriously best! lagi-lagi kalau korang pergi dengan manusia-manusia yang selalu cuba buat punchline yang tak menjadi.
Sampai atas puncak Broga jangan lupa untuk selalu memuji muji Allah dan apa yang telah diciptakan. Rasai lah kehadiran Allah di hati kita. Rasai lah kebesaran Allah. Rasailah kasih sayang Allah pada kita hambaNya. Sangat lah tak terhitung kasih sayang Allah pada hambaNya. Ambil Ibrah juga daripada aktiviti yang kita lakukan.
Bak kata Munzir Ibrah daripada mendaki Broga ni ialah kehidupan kita ada naik turunnya. Kadang di atas kadang di bawah. MashaaAllah brathaa! hahaha.
Thank you guys, for the best experience! May Allah bless you guys always! Take care during semester break!
Kadang kita sibuk mencari cinta. |