Owner Post Them Follow Dash



Zaza Amri
Miss Zaza Amri

Ahlan Wasahlan!


Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman.

Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey!


Twitter || Facebook|| Instagram

Tagboard




Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Rezeki Dan Syukur





Assalamualaikum// Sawadikap // Hello!
MashaaAllah dah lama wehh tak update blog ni. Dah bersarang blog ni. Lepastu dah lama tak main main HTML untuk edit blog. Last edit and main HTML masa Asasi Semester 3 haritu. Itu pun bukan blog nilah. Tapi blog untuk pertandingan Membina Blog tema Pusat Asasi sempena Minggu Literasi Media dan ICT. Alhamdulilah, rezeki Allah saya dan partner saya Johan pertandingan Membina Blog tu. Thanked to my partner too! May Allah bless and ease you always partner! :D Sebenarnya kan rindu, sangat rindu nak update blog. Tapi kekangan masa yang menyebabkan aku tak update blog. Ni pun sebenarnya lagi 25 hari lagi sebelum Final Exam. *tehehehehe*

Ada sesuatu benda yang membuat saya terfikir iaitu tentang Rezeki dan Syukur. Bila saya tengok ada sahabat saya yang dah kahwin lepastu ada juga yang tengah mengandung ada juga tu yang dah ada anak. Subhanallah Alhamdulilah. Lpastu, ada yang masih belajar yang ambik Diploma Degree ada juga yang nak graduate dah dan juga ada kawan yang sudah bekerja. Ada juga yang kahwin masa belajar. Alhamdulilah. Syukur pada nikmat dan rezeki Allah. 

Apa kena mengena dengan Rezeki dan Syukur? Bila saya perhati dalam-dalam. Rezeki Allah itu sangat luas. Ya. tersangat lah luas. Mungkin Allah belum berikan kita rezeki lagi untuk mendapat pasangan dan berkahwin, tetapi Allah beri rezeki pada kita boleh sambung pelajaran kita ke peringkat yang lebih tinggi. Mungkin Allah belum beri kita rezeki seperti kawan kita yang sudah bekerja dan dah mendapat pendapatan sendiri walhal kita masih mengharapkan ibubapa, tetapi mungkin Allah beri rezeki pada kita melalui keputusan peperiksaan kita yang cemerlang. Mungkin Allah belum beri kita rezeki merasai kebahagiaan berumahtangga, tetapi Allah beri kita rezeki kebahagiaan bersama keluarga kita iaitu Ibu bapa kita dan adik beradik kita Mungkin Allah belum beri kita rezeki untuk mempunyai anak sendiri tetapi kita diberikan rezeki dengan kelahiran anak-anak kucing yang comel *hehehe. okay itu dah mengarut*

Kadang kita selalu kaitkan asal rezeki je duit, asal rezeki je kekayaan, asal rezeki je pernikahan. Tapi kita sering alpa bahwa rezeki ini sebenarnya sangat luas. terlalu luas. Tahu tak sebenarnya rezeki ini juga boleh hadir dengan perasaan iaitu perasaan "Kasih Sayang". Korang tahu kan macam mana rasa bahagianya dan nikmatnya bila kita ada someone yang sayangkan kita. Subhanallah. Seronok kan? Now. cuba bayangkan, bayangkan tau! kalau Allah tarik perasaan tu? ha! Nauzubilahiminzalik. Maksudnya, macam ibu bapa kita, adik beradik kita, sahabat-sahabat dah tak sayangkan kita.... hmm.. Mesti kita akan sangat sangat sedih kan. Perasaan sayang ini adalah pinjaman daripada Allah dan bila-bila sahaja Allah boleh menariknya. Family pun Allah yang bagi pinjam tau. Tapi cuba kita renungkan balik adakah kita hargai Family yang Allah berikan pada kita? Sebagai hambaNya bertaqwa kita patut kita harus kita wajib menghargai perasaan kasih sayang yang family kita curahkan. Alah, kalau debat remeh temeh dengan adik beradik tu mengalah jelah. Because love exist when you realize about the pain if you lose that person. Mempunyaifamily yang bahagia dan menyayangi kita adalah rezeki dan nikmat yang tak ternilai, tiada gantinya, tiada duanya.

Kadang, kita juga kena ingat. Allah takkan uji hambaNya jika hambaNya tidak mampu. Ingat lagi ada seseorang pernah cakap "pernikahan bukan cuma soal kau suka aku, aku suka kau. bukan! pernikahan adalah sebuah tanggungjawab, amanah daripada Allah. Tanggungjawab dan amanah yang bakal disoal di akhirat kelak" Mungkin Allah belum berikan kita rezeki dengan mendapat pasangan yang baik dan nikah kerana Allah tahu kita belum mampu untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang besar itu lagi. Percayalah Allah tahu apa yang hambaNya perlukan. 

Sayangnya Allah pada kita hamba-hambaNya. Walau dosa kita sepeti pasir di pantai tetapi Allah masih permudahkan segala urusan kita. Walaupun kita ni hambaNya yang sering mengambil remeh tentang dosa kecil tetapi Allah masih lagi memberikan kita kesenangan hidup.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman; 55)


Saya juga nak share satu kata-kata sahabat saya yang membuat saya terinspirasi dan sangat memberi impak pada diri saya sebagai seorang pelajar iaitu:

 "Kita masih muda. Hargailah setiap apa yang Allah berikan pada kita walaupun ia adalah ujian. Kita ni sebagai seorang pelajar goals kita bukan hanya mencari pasangan lepastu kerja lepastu terus kahwin. No! Tapi goals kita yang sebenar-benarnya ialah keredhaan Allah. Buat apa hidup berpuluh-puluh tahun tapi tanpa redha Allah? Sia-sia sahaja" 

moga kata-kata ini juga menjadi inspirasi buat semua jugak:)

 Put your faith on Allah. Believe Allah. You will not regret it. Because Allah's planning is the best for His servant. Allah will give what we need not what we want. And May we remember His nikmah and rezk that is uncountable. May we thanked Him so much in way that He pleased with us. May we be among of those Allah loves so much. InshaaAllah. Amin ya Rabb.