Owner Post Them Follow Dash



Zaza Amri
Miss Zaza Amri

Ahlan Wasahlan!


Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman.

Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey!


Twitter || Facebook|| Instagram

Tagboard




Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome
Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini

Kenapa pilih KUIS?





Assalamualaikum// Kaifa halukum?

Entry kali ini, saya nak tulis tentang Kenapa saya pilih Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Allahu akbar. Ramai sahabat dan saudara yang bertanya pada saya kenapa kenapa dan kenapa tiba-tiba. Ya, kemungkinan sebab saya datang dari Sekolah Menengah harian biasa tiba-tiba mahu ke kolej yang MashaaAllah ada tittle "Islam" yang pastinya sangat menekankan bab dan hal agama. MashaaAllah. Dan mungkin sebab saya nakal dulu *tunduk*

Selepas saya habis menjawab kertas SPM saya, seperti lepasan SPM yang lain, saya juga salah seorang lepasan yang searching dimana hala tuju saya selepas ini. Dari awal lagi, memang saya dah tekad mahu melanjutkan pelajaran saya dengan mengambil jurusan Accounting hati juga mahu ambil program asasi yang berkaitan Accounting,silap juga dulu tak fight untuk masuk matrik. Tak apa, rancangan Allah itu kan yang terbaik untuk kita. *hirup Teh*



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)



Selepas saya mendapat result SPM saya. Alhamdulilah, saya adalah dapat beberapa tawaran daripada beberapa IPT dan IPTS. Setiap tawaran yang saya dapat mesti saya akan godek Universiti atau kolej tu. Dimana lagi kalau bukan dekat "Pakcik Google" kan. hehe. 

Setelah survey beberapa Universiti dan kolej, Kesemua pilihan saya adalah IPTS oleh kerana saya amat meminati program fast track. Dan cuma IPTS yang menawarkan program tersebut *sebak* uhuk uhuk. Tapi saya pun tak keberatan untuk ambil Diploma. Dan saya juga dapat tawaran untuk sambung A-Level di IPTS, walaupun saya tahu diri saya tak lah layak mana, tapi apa lah salahnya kalau nak mencuba dan usaha, mana tahu dapat pergi overseas kan. hehehe. Itulah yang saya fikir dolu-dolu (dulu-dulu). Masih segar dalam ingatan saya, antara IPTS yang saya pilih antara banyak-banyak surat sampai, bagi bakal tempat yang saya akan study ialah... jeng.. jeng.. *bunyi gendang* Uniten (asasi accounting) , Taylor College (A-level), INTI College (Australian Matriculation/ A-Level), KPTM (diploma accounting), dan suddenly KUIS (asasi pengurusan).

Honestly, KUIS adalah pilihan terakhir saya. Sebab saya takut dengan subject arab sebab saya tak ada basic arab, last masa darjah 6. huhu. Mula-mula saya memang nak ambil A-Level. Sebab nak juga kan, kalau dapat sambung oversea. Siapa yang taknak kalau ada peluang sambung luar negara kan. *kunyah jajan* tapi saya ada juga, tanya kakak-kakak senior sekolah dulu, ramai yang kata subject A-Level ni tough dan banyak exam nanti kena ambil, kalau tak lepas exam tak boleh fly ke luar juga, kena stay kat Malaysia juga, dan banyak duit keluar lagi-lagi kalau swasta. Lepastu hati beralih arah pula ke Uniten atau KPTM. Hati, terus yakin pilih Uniten. Sebab hati jiwa raga memang minat program fast track kan. Semua benda dah setel, tinggal nak buat medical checkup sahaja lagi. 

Tapi Allah mendetikkan hati saya, 'Ya Allah, aku masih dalam proses penghijrahan nak jadi lebih baik, adakah aku dapat mengekalkan penghijrahan aku di Universiti yang aku pilih ini? aku ni dahlah nakal, ilmu agama pun.. Allah. Susah nak terangkan, Dan baru setahun berhijrah nak jadi lebih baik.Sungguh ya Allah aku tidak mahu berpatah balik ke zaman jahiliah aku, ke zaman jahilnya aku dengan ilmu agamaMu ya Allah' Masa itulah, saya rasa saya patut buat solat sunat istikharah. Siapa kata istikharah cuma untuk jodoh? *muka garang* Masa itulah, saya serahkan semuanya pada Allah, dimanakah tempat yang saya boleh sambung belajar dan saya boleh cari lebih banyak ilmu agama. Saya betul-betul serahkan pada Allah. Saya yakin Allah akan beri jawapan yang terbaik untuk saya

Setelah seminggu, Ibu saya tanya saya "Dah pilih mana nak sambung belajar?" Mulut terus laju menyebut "KUIS" Allah. terkejut ibu saya, sebab selama ini saya kata pada ibu saya bahawa KUIS adalah pilihan yang terakhir saya, saya juga terkejut kenapa boleh hati saya terus berdetik untuk pilih KUIS. Mungkin inilah jawapan yang Allah berikan pada saya. Saya yakin dengan pilihan saya. *mata bersinar* 

Kita boleh merancang 
Tapi cuma Allah yang boleh tentukan
kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk diri kita.

Alhamdulilah, 
Di Kuis, saya bukan sahaja belajar macam mana nak seimbangkan akaun macam mana cara nak selesaikan masalah ekonomi, macam mana nak selesaikan soalan matematik semata, bahkan saya juga belajar banyak ilmu agama. Di KUIS setiap course akan diselitkan mata pelajaran yang berkaitan tentang agama. Macam asasi kami diselitkan dengan mata pelajaran akhlak muslim. Mata pelajaran yang konon saya takuti dulu ialah Arab. Tapi Alhamdulilah, atas tunjuk ajar ustazah dan ustaz saya boleh bawa. *tarik nafas* *lepas* fuhhh. Dan tiap-tiap minggu juga kami akan buat "Bulatan Cinta" iaitu Usrah. wajib bagi semua pelajar pada hari Jumaat selama 1 jam paling kurang. Dalam usrah, selain dapat mengeratkan ukhuwah antara sesama ahli usrah pastinya juga kita dapat ilmu yang baru. membincangkan tentang ilmu dan ayat-ayat cinta Allah. 

Saya juga bersyukur, hidup di bumi KUIS ini, kerana subhanaAllah begitu banyak program kegamaan yang dianjurkan. Seronok bila diri selalu berada di "taman-taman syurga" sebab kita akan dapat banyak ilmu agama yang kadang sebelum ni kita tak tahu pun. Sebab itulah Rasulullah S.A.W menggalakkan kita untuk mencari ilmu. Pernah dengar tak ayat ni?


"Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”

Baru-baru ini saya juga, ada join satu Kelab iaitu Kelab Al-Azhar Members (ALAM) atau kata nama lainnya ialah "geng budak-budak masjid" kihkihkih. Dengan saya join kelab ni lagi banyak banyak banyak majlis ilmu yang saya dapat pergi *muka excited* Antara contoh yang paling saya selalu nanti-nantikan pastinya GLAM. GLAM ni macam gathering giteww untuk semua ahli ALAM. *makan biskut pula* Dan ALAM juga saya dapat kenal dengan bidadari dunia, wanita solehah dan inshaaAllah bidadari akhirat juga iaitu muslimah yang baik-baik, yang selalu dorong hati saya nak jadi lebih baik nak jadi lebih baik lagi.Sesiapa yang masuk ALAM akan ada 1 group usrah tau, dan setiap group usrah ada naqibah. Alhamdulilah saya dapat seorang naqibah yang baik hati manis cantik rupanya dan inshaaAllah cantik juga hatinya iaitu Kak Zahidah. 

Saya tak berkesempatan pergi GLAM 1 dulu sebab saya belum pun mendaftar dan saya pun tak tahu kewujudan kelab ini *tumbuk bantal* Tapi saya berkesempatan untuk pergi GLAM 2 yang bertajuk "halatuju mahasiswa" ada penceramah Ustaz Nushi dan ada juga duta ALAM iaitu PU Rahmat Ikhsan. Sangat best! yang paling terkesan dekat hati ini sehingga hari ini, ialah apabila PU Rahmat cakap

Kita belum tentu bernikah
Kita belum tentu dapat Ijazah
Tapi kita pasti bakal JENAZAH

 Alhamdulilah, Allah bantu saya untuk permudahkan saya jadi lebih baik dengan suasana islamik yang ada di KUIS ini, Alhamdulilah, ibu abah saya pun gembira bila saya jadi mahasiswi disini sebab ibu abah selalu kata nampak perubahan positif dalam diri saya. *senyum* Redha Allah itu terletak pada redha ibu bapa. Matlamat saya sekarang adalah saya nak bahagiakan kedua ibu bapa saya dengan berusaha menjadi anak yag solehah, anak yang menjadi penyejuk mata mereka, anak yang mereka boleh harapkan dan bahagiakan dari segi pelajaran juga. InshaaAllah. Allahumma amin. 
Azam saya pada tahun ini dan tahun yang akan datang juga ialah:
Nak jadi seperti mujahidah Siti Hajar dan Mujahid Ahmad Ammar
Syahid.
Husnul Khatimah