Ahlan Wasahlan! Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman. Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey! Tagboard Basecode : PikaChan Best viewed in Mozilla and Google Chrome Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini
|
Entry khas tahun baru 2015 Lamanya dah tak update blog. Rasanya sejak lepas SPM haritu lagi tak update blog ni. Biasalah busy women *uhuk uhuk* Yang tercari-cari entry saya yang lama tu maaf lah ya. saya dah delete. Sebab InshaaAllah saya nak mulakan hidup baru di tahun baru bersama azam baru bersama kehidupan yang baru *ecceh boleh buat puisi dah ni* hehehe. Dan bagi saya entry lama saya tu banyak yang mengarut. yelah, saya bermula blog ni since 2011 sejak saya masih berhinggus dan tak reti lap sendiri lagi. kihkihkih. Alhamdulilah, dengan berkat istikharah saya, saya telah mengambil keputusan untuk further my study at Kolej Universiti Islam Antarabangsa Seangor (KUIS). Alhamdulilah saya ambil course Foundation in Management Studies. InshaaAllah akan menamatkan zaman Alhamdulilah, Allah beri saya peluang lagi untuk hidup pada tahun 2015. Alhamdulilah, Allah juga mengurniakan sahabat-sahabat yang baik yang serba sebanyak bantu saya lebih mendalami ilmu agama. Dan ada juga kawan yang cuma menyinggah dan melukakan hati. Tapi tak apa. La tahzan wahai diri. biar orang buat jahat pada kita jangan kita buat jahat pada orang. Allah tak suka. Asalkan kita tahu diri kita, kita yakin niat kita berkawan lillahi ta'ala. InshaaAllah, semuanya akan okay :) Dekat entry ni pun saya nak cerita tentang seorang blogger yang hebat InshaaAllah, seorang muslimah yang hebat juga, Aminnnn.. iaitu kak Rahimah Fitrah Mohd Sofyan *klik utk jelajah blog beliau* Actually, boleh terjumpa blog kak fit ni masa tengah searching hadis untuk letak dekat assignment. Then tiba-tiba terasa nak baca cerpen sebab rasa macam dah tepu otak ni buat assignment. search punya search terjumpa blog tittle "Bi-iznillah" tajuk entry cerpen: cahaya penawar iman. MashaaAllah Tabarakallah! sangat menyentuh hati, banyak pengajaran yang saya dapat ialah kita kena bergantung dan berharap semuanya pada Allah sahaja. Dan dari situ saya suka jelajah blog kak fit ni, kadang saya senyum sensorang baca kadang tu ternangis sensorang sebab sentap dengan kata-kata hikmat kak fit. Barakallahu fikh kak fit ! InshaaAllah, di akhirat nanti saya ingin menjadi saksi bahawa penulisan kak fit, memang banyak terkesan di hati dan mentarbiyah diri saya dan mungkin juga orang lain... Then mula lah nak kenal siapakah gerangan yang bernama Rahimah Fitrah ini. search lah dekat facebook, yeaaayyyy! jumpa! Alhamdulilah dia rendah diri orangnya. saya berharap sangat dapat seseorang kawan dan kakak seperti kak fit. Saya dah mula sayang dengan kak fit sebenarnya.. huhuhu. inshaaAllah, saya berharap saya dapat jumpa kak fit suatu hari nanti, moga Allah perkenankan. inshaaAllah allahumma amin. okay, tahun baru azam baru. tapi bila azam aku nak kurus terlaksana. hehehehe. sedih sebenarnya, sebab tak dapat pergi Malam Cinta Rasul dekat Dataran Merdeka. Dan saya ambil keputusan happykan siri saya balik dengan beriktikaf di Masjid Al-Azhar KUIS walaupun sensorang je. yeaayyy! Esok sambung buat assignment yang menggung juga. yeaayyyy! haha. Kadang stress juga, tapi selalu tumbuk hati cakap jangan pernah penat cari ilmu, kata nak berjaya dunia dan akhirat. dan selalu ingatkan diri, takpe. biar penat sebab nikmat bagi penat ni kita tak ada masa nak buat maksiat. Allah.. InshaaAllah kalau ada masa saya buat entry okay. Assignment saya sedang menunggu tu. huhu. Ni namanya sambut tahun baru dengan assignment. oh ya! Tahniah Abang Akram Ikrami sebab menang PRK KUIS. Alhamdulilah. tak sia-sia ketuk bilik orang sampai tingkat 10 utk edar poster abang Am sahaja dan buat muka tembok "undilah U06" hahaha. Alhamdulilah. Beliau juga seorang yang hebat, yang rendah diri dan selalu ambil berat tentang org bawahannya. tabik spring! hehehe. Assalamualaikum
|