Ahlan Wasahlan! Dakwah itu.. Manis seperti madu. Pahit seperti kopi tanpa gula. Teruskan dakwahmu dengan senyuman. Hi! hope you guys enjoy reading about my short life journey! Tagboard Basecode : PikaChan Best viewed in Mozilla and Google Chrome Adalah haram untuk buka page source dan curi code di sini
|
Appreciation
Assalamualaikum// Heyyo!
Sewaktu aku menulis ini aku berada di minggu final exam semester 7, dan sudah 2 paper aku jawab untuk semester ini. 4 papers more! Yay! Penat tau menggoreng untuk 2 papers tu, harap-harapnya goreng yang sedap dengan hasil yang baik jugaklah hehe! Amin!
Hari ini, terdetik dekat hati aku nak menulis tentang appreciation iaitu penghargaan. Aip! Appreciate bukan cuma untuk pakwe makwe je tau. Tapi untuk keluarga boleh, untuk kawan even untuk strangers yang tiba-tiba hadir dan memberi sinar atau pertolongan dalam hidup kita. Kadang, kita lupa atau sebenarnya kita tak pernah bagi masa diri kita untuk berfikir. Kadang tu, bila terjadi sesuatu dalam hidup kita yang membuatkan kita jatuh, baru kita sedar "Ohhh.. rupa-rupanya.. Dia yang ada dengan aku selama ini"
Allah itu, beri kita kebahagiaan untuk kita hargai, dan jangan lupa kebahagiaan juga adalah ujian buat kita, adakah bila kita bahagia, kita terus lupa Allah? Adakah bila Allah tu beri kita nikmat kebahagiaan, kita jadi jauh dengan Allah? Adakah bila Allah itu beri kita kebahagiaan kita lupa untuk mensyukurinya? Itulah namanya ujian dalam kebahagiaan. Tapi.. Allah beri kita kebahagian itu adalah nikmat yang kita harus syukuri. Nikmat yang kita harus hargai. Nikmat yang kita harus lebih mendekatkan kita dengan Allah.
Bagi aku kebahagiaan itu bila aku diizinkan oleh Allah untuk makan bersama keluarga aku. Bila aku masih dipinjamkan sahabat-sahabat aku yang sentiasa berada dengan aku susah dan senang aku. Bila aku masih diberikan nikmat housemate yang mashaAllah sangat baik.
Betul, manusia selalu lupa untuk mensyukuri apa sahaja yang selalu berada di depannya. Manusia selalu mengabaikan apa yang di depannya. Contohnya lah, kita ada sebatang pen, pen tu bagi kita murah dan senang didapati, serta pen itu memang berada di depan mata kita je. Kita buat tak tahu je kan dekat pen, macam "Alaaahhh pen je pun", Tiba-tiba Allah uji kita dengan kesusahan kita perlu pen untuk menulis, tapi pen tu hilang, masatu waktu malam, kedai semua dah tutup, tapi kita perlu sangat-sangat pen ni. Waktu inilah, Allah menyedarkan kita bahawa kita patut menghargai sesuatu walau sebatang pen.
Macam it jugalah manusia.. Jadi, kita tahu dia selalu ada dengan kita, dia selalu je ada depan mata kita, susah senang pun dia tetap akan ada, kita buat apa pun dia tetap akan ada, dan buat kita bongkak dengan nikmat yang Allah berikan ni. Kita tak hargai atau kurang hargai dia sebab alahhhh dia akan ada untuk aku punya lah. Tapi! Ingat! Allah boleh tarik orang tu bila-bila masa je.Jangan sombong! Tapi hargai!
Allah bagi kita pinjam kedua ibu bapa kita untuk kita berbakti pada mereka. Hanya kerana mereka masih di depan mata kita, kita buat tidak tahu, kita jarang call mak ayah kita, kita tak berusaha untuk buat mereka bahagia. Padahal mak ayah kita tu cuma mahu kejayaan dunia dan akhirat sahaja buat anaknya dah cukup membahagiakan mereka. Kenapa kita masih tidak menghargai mereka? Allah itu boleh tarik mereka bila-bila masa sahaja. Allahu..
Untuk sahabat pula, pernah tak kita terfikir, kalau lah dalam hidup ini tak ada insan yang bernama sahabat apa jadi dengan diri kita? Mungkin hidup kita tidak berwarna warni seperti sekarang. Mungkin hidup kita ni cuma ada warna hitam dan putih. Aku agak sensitif sikit tentang persahabatan ni. Hahaha. Kadang, kita terlalu mencari sahabat yang sempurna padahal yang depan mata tu, MashaAllah itulah nikmat sahabat yang Allah bagi yang sebaik-baiknya untuk kita. Buka lah mata, buka lah hati, setiap seorang dari kita pasti ada sahabat yang selalu ada susah senang. Tolong lah hargai. Tolong lah!
Bagi aku sahabat ini adalah nikmat Allah yang tak ternilai dalam hidup aku. Bagi aku, macam SubhanAllah layak ke aku dapat sahabat seperti mereka semua ni. Aku sangat hargai orang yang sanggup terima baik buruk aku, yang sanggup ada dengan aku susah senang, yang sanggup beri kepercayaan pada aku. Jadi nikmat Allah yang mana kau dustakan? Hi Housemates kesayangan saya (Nawis, Mazarina, Munirah, Kak Dayah, Kak Long, Nana, Anis, Ika, Ayuni, Juju, Kak teha, Dayana) My sayang Sofia Suhaila, My girls (Aiena Shukor, Aisyah, Hapizah) My liver Kejam (Pqa, Maira, Diana, Afifi, Ezri, Asep, Ipan, Ju, Sarep, Haziq), My enemy and mr crab Luqman Hakim Wahilman. Percayalah zaza/aku sayang korang semua Lillahi Ta'ala. Percayalah zaza/aku hargai korang. Terima kasih kerana menjadi penguat zaza/aku selama ini. Allah sahaja yang mampu membalasnya.
Aku taknak bila aku dah kehilangan, aku baru menghargai. Aku taknak jadi manusia yang cepat lupa diri. Aku taknak terlewat untuk menghargai korang semua yang hadir dalam diri aku. Aku dah semester 7, selepas ini kita tak tahu apa yang akan jadi. Lepas ini, kita tak tahu bila boleh kumpul sama, masih boleh ke kita bergurau seperti sekarang. Masih boleh ke kita keanak-anakkan seperti sekarang, masih boleh ke kita berkongsi cerita dan rasa seperti sekarang. Jujurnya, aku takut nak hadap masa akan mendatang, sejujurnya, aku takut jika semua ini akan berubah. Sejujurnya, aku takut, kita tidak dapat melihat wajah diantara kita bila suatu hari Allah itu menarik nyawa hambaNya. Jadi, aku ingin menghargai kalian semua sekarang dan sehingga aku mampu. Jika di syurga nanti, kalian tak nampak aku, minta lah Allah untuk masukkan aku ke syurgaNya bersama kalian. Big love for you guys! xoxo
Wait! for my next post is for one of nikmah Allah that I appreciate! clue; House (hehe) Itinerary KL Sentral - Hat Yai, Thailand - Songkhla, Thailand (Bajet: RM 400)
Assalamualaikum// Annyeong!// Sawadikap!
InshaaAllah, post kalini aku nak share pengalaman dan itinerary aku pergi ke Hatyai dan Songkhla selama 3 Hari 2 Malam sahaja. Alhamdulilah Allah berikan rezeki kepada aku dan sahabat aku Aiena untuk pergi ke Thailand. Berdua je tau! hahaha. Gigih cari sources dan buat research tentang backpakers kami ni. Hahaha. Itinerary ini akan lebih murah kalau pergi dalam 4 orang.
Kami pergi masa 10/4/2018 dengan ETS. Pengalaman naik ETS ni not bad. Make sure kalau korang nak naik ETS korang kena pakai stokin dan sediakan sweater. Serious sejuk gilaa okay! Haha. ETS ada sampai KOC F. Surau dan mini cafe ada dekat KOC (C). Untuk ETS korang boleh beli online je dekat link ni http://www.ktmtrain.com/ boleh pilih nak plantinum atau gold. Plantinum lagi mahal daripada gold sebab dapat snacks. Kalau nak pergi ke Thailand kena ambik ETS ke Padang Besar.
Next, lepas sampai Padang Besar ada dua cara untu korang masuk Thailand. Satu guna mini van/ Taxi satu lagi guna Train Thailand. Ini sangat penting untuk korang merancang waktu perjalanan korang sebab train Padang Besar ke Thailand ada 2 kali je sehari. Kalau padang Besar ke Thailand pukul 9.55 pagi (Waktu Malaysia) dan 3:40 Petang (Waktu Malaysia). Perjalanan Padang Besar - Hatyai mengambil masa dalam sejam.
Bagi aku lagi senang naik Train Thai berbanding Van. Sebab kalau naik Train Thai dalam satu bangunan yang sama je. Kalau naik Van masuk Thai. korang kena naik motor taxi (50 baht/ RM 7) atau jalan kaki dalam 1KM untuk ke border. Lepastu, takut kena charge dengan Taxi 1000 ++ baht untuk sampai ke Hatyai. Sebab kalau mini van sebetulnya ke Hatyai cuma 50 baht je tak sampai 1000 baht pun. Kalau kami haritu naik ETS pukul 9:40 pagi, Alhamdulilah sampai Padang Besar pukul 3:30 Petang. so ada 10 minit untuk proses imigresen. Sebelum ke imigresen korang kena isi satu borang ni dulu tau. Tanya je polis bantuan dekat area situ, dorang mesti tolong punya semua cara.
Sampai je dekat Hatyai Junction, satu lagi orang yang bawa Tuk-Tuk, Motor Taxi dan Taxi akan ramai tau dekat station tu. Kalau ada orang tiba-tiba tarik beg korang tu perkara biasa. Hahaha. So, korang kena pandai kawal situasi sebab kalau tak korang akan di charge tinggi daripada harga biasa sebab dia tahu kita foreigner. Jadi masatu, kami ambik Tuk-Tuk ke Lee Garden Hotel. Hotel ni serious best! Cantik dan affordable. Service dorang pun best!
Untuk Simcard, Simcard Thailand boleh murah juga lah. Ada 2 cara nak beli simcard Thailand ni. Satu ada jual dekat Train Thailand satu lagi boleh beli dekat kedai berhampiran Lee Garden Plaza. Simcard dia unlimited untuk 7 Hari. Kami beli satu je simcard, Yang lain hotspot je.
Sampai dekat Hotel, check in barang solat apa semua, ktorang decide untuk pergi ke Lee Garden Plaza, Jalan kaki wehh. 10 minit. Gigih tau! Hahaha. Tapi korang boleh je naik Tuk-Tuk atau Grab. Kalau korang pergi dalam 4 orang better naik Grab sebab bila share jadi murah lah kan bayar. Kalau Grab dari Lee Garden Hotel untuk pergi sekitar Hatyai jauh atau dekat 85 baht. Kalau Tuk-Tuk sekitar Hatyai paling murah sorang 20 baht paling mahal 40 baht seorang. Lepas daripada pergi lee Garden Plaza kami cuci mata pula dekat Asean Night Bazaar. Syurga bagi orang yang suka shopping dan makan.
Hari kedua, lepas subuh. Kami gigihkan diri pergi pasar pagi. Crowded gila beb! Bagi aku kalau nak pergi tengok environment boleh lah. Kalau nak cari makanan dekat Pasar pagi susah sebab crowded. Better korang bawa makanan atau bekal sendiri daripada Malaysia untuk breakfast sahaja. Untuk Makan Tengahari, korang boleh search Salma Restaurant dekat je dengan Lee Garden Plaza
Hari kedua ni, lepas pergi pasar pagi dia tak ada apa-apa jadi kami decide pergi Lee Garden Plaza. Kononya nak makan MCD. Kononnya lah. Sampai je sana dengan habis duit naik Tuk-Tuk 30 baht baru nak order dia kata "ALL PORK" Dengan kecewanya kami keluar dan perut kosong. Kami pergi 7E dia je makan Maggie, cewdih! Hahaha. Tapi korang kena masuk 7E dekat Thailand. benda wajib okay! 7E dorang tak sama macam 7E kita. macam-macam dorang ada. Korang kena try yogurt dan air-air yg halal dekat 7E tu. Semua sedap-sedap!
Lepastu, Kami terus gerak pergi Songkhla, Kalau nak pergi Songkhla ni kalau nak murah korang jangan bantai naik grab atau Tuk-Tuk pula. Mahu dorang charge lebih daripada 200 baht. Tapi korang boleh naik grab atau Tuk-Tuk ke clock tower atau van station. korang cakap je nak pergi Van station to Songkhla. Van ke Songkhla tak sampai pun 40 baht. 34 baht je! murah kn! Ke Songkhla nanti dia akan tanya nak turun mana. Cakap nak turun dekat Samila Beach. Perjalanan ke Songkhla ambil masa 30 minit daripada Hatyai. Untuk ke Songkhla nanti bayar 34 baht dia akan bagi bakul tau. Nanti kalau duit korang besar, jangan risau! bagi semua penumpang bayar dulu nanti korang ambil lah baki dekat bakul tu.
Kalau nak beli souvenirs dekat Samila Beach inilah murah berbanding dekat Hatyai. Nak beli baju ke Keychain ke beli dekat Samila Beach. Murah! Lepas daripada Samila Beach boleh pergi ke Tang Kuan Hill, Songkhla. Boleh jalan kaki dalam 1KM gitu. Kalau tak boleh ambil motor taxi 20 baht seorang. Dekat Tang Kuan Hill korang boleh tengok view seluruh Songkhla. Untuk naik ke Tang Kuan Hill boleh hiking kalau rajin. Hahaha. Boleh beli tiket 30 Baht dia macam train dekat Fraser Hill giteww.
Then, dah puas dekat Songkhla kami terus balik ke Hatyai untuk pergi round Hatyai pula. Kami sewa Tuk-Tuk untuk round sekitar Hatyai. Seorang 300 baht (RM 37) kami pergi Chang Puak Champ. dekat situ boleh naik gajah kalau korang nak 500 baht. Kalau nak bagi makan gajah pun boleh 100 baht. Ada Elephant and crocodile show juga dekat situ.
Then, Kami pergi Municipal Park. Dekat situ korang boleh tengok view sekitar Hatyai dan ada patung budha besar macam simbol negara Thailand. Lepastu, pergi ke Wat Hat Yai Nai tempat patung budha baring.
lepas dah puas ambil gambar, round Hatyai, kami balik hotel dulu untuk mandi dan solat dan teruskan planning ke Central Festival Market. Ini mall dekat Hatyai. Macam IOI jelah. Tapi dekat depan Mall tu ada tempat boleh tangkap gambar beli makanan dan baju-baju juga. Tapi lagi murah dekat Asean Night Bazar lah. Then, selepas dah survey malam semalam. Hari kedua ni baru kami shopping dekat Asea Night Bazaar pula.
Untuk balik korang kena rancang juga perjalanan tau! Sebab seperti aku cakap tadi train thailand ada 2 kali je sehari. Kalau Hatyai- Padang besar pula cuma ada pukul 7:30 pagi (Waktu Thailand) dan pukul 1:00 Petang (Waktu Thailand) Jadi korang kena booked ETS kena agak-agak lah sampai Padang Besar pukul berapa dan nak ambil train Thai yang pukul berapa.
Kalau korang terlepas train, jangan nangis! cover dulu muka nak nangis tu! Hahaha. Korang masih boleh minta Tuk-Tuk hantar pergi Van station. Van ke border Padang Besar 50 baht je. Kalau dekat station tu ada orang kata hantar ke Padang Besar 1500 baht atau lebih jangan naik atau terpedaya! korang keraskan hati untuk pergi van station. Lagipun mungkin 1500 baht tu untuk taxi perkara nrmal lah kot kan. Tapi untuk backpackers macam ktorg. banyak 1500 baht tu dan sangat mahal! Sampai dekat border Thai-Padang Besar. Korang boleh naik Motor Taxi 50 Baht dia akan tunggu kita cop passport, kastam dan sampai destinasi ke KTM.
ITINERARY 3 DAYS 2 NIGHTS |